BMW CE-04 dilancar di Thailand – skuter elektrik 42 hp, jarak gerak maksimum 130 km, harga RM109k

0

[ad_1]

Skuter elektrik BMW CE-04, yang didedah kali pertama kepada awam tahun 2021 kini sudah tiba di rantau kita apabila dilancarkan di negara jiran, Thailand pada harga bermula 859,000 baht (RM108,518). Ia datang bersama jaminan serta servis percuma selama lima tahun.

Spesifikasi asas CE-04 pasaran Thailand ini adalah sama sahaja seperti mannequin yang dipasarkan di Eropah, dengan kuasanya datang daripada bateri lithium ion 8.9 kWh, untuk memberi tenaga kepada motor elektrik berkemampuan 31 kW (42 hp) dan tork 62 Nm.

Melalui pakej ini, CE-04 boleh memecut 0-50 km/j dalam masa 2.6 saat, sementara laju maksimum pula dihadkan kepada cuma 120 km/j. Jarak gerak maksimum yang disediakan adalah sehingga 130 km dengan setiap cas penuh baterinya.

Skuter elektrik ini boleh dicas menggunakan sama ada soket rumah, wallbox ataupun stesen pengecas awam. Apabila menggunakan enter pengecas 2.3 kW, baterinya mengambil masa empat jam 20 minit untuk penuh, tetapi apabila menggunakan pengecas 6.9 kW, kuasa baterinya boleh naik dari 20% ke 80% dalam masa cuma 45 minit sahaja.

Kabel pengecas Mode 2 berkapasiti 2.3 kW untuk soket domestik diberikan secara commonplace bersama skuter ini, sementara kabel pengecas pantas Mode 3 untuk wallbox atau stesen pengecas awam pula dijual secara berasingan.

Kelengkapan lain yang diberikan pada CE04 adalah brek cakera berkembar di hadapan serta cakera tunggal di belakang, lengkap dengan ABS. Pemilik juga boleh menaik taraf kepada sistem Cornering ABS yang dipanggil sebagai ABS Professional, sementara rim pula adalah unit 15 inci yang dibalut tayar 120/70 di hadapan dan 160/60 di belakang.

Ada tiga mod tunggangan yang disediakan pada skuter elektrik ini, iaitu Eco, Rain dan Street untuk memberikan penunggang pilihan menyesuaikan tunggangan dengan keadaan sekeliling. Mod yang lebih berkuasa juga ditawarkan sebagai pilihan tambahan, dipanggil sebagai Dynamic dan memberikan maklum balas lebih pantas apabila memecut.

Maklumat penting dipaparkan kepada penunggang melalui skrin TFT-LD 10.25 inci, yang turut boleh disambungkan kepada peta navigasi serta telefon pintar. Semua lampu pada motosikal ini menggunakan LED, dengan unit Adaptive Headlight Professional disediakan sebagai pilihan tambahan.

Melihat sebagai perbandingan, CE-04 ini dijual pada harga sekitar dua kali ganda daripada C400 GT yang berharga 419,000 baht (RM52,932) di negara itu, dan hampir kepada S1000RR yang berharga 890,000 (RM112,434). Di negara kita, C400 GT dijual pada harga RM48,500 sementara S1000RR pula bermula RM121,500.

GALERI: BMW CE-04



[ad_2]
Source link