Farizon Homtruck Cabless dari Geely – trak komersil elektrik penuh tanpa pemandu, mula diuji tahun depan

3

[ad_1]

Divisi kenderaan komersil dari Geely iaitu Farizon Auto telah pun memperkenalkan trak konsep yang boleh beroperasi tanpa pemandu, yang digelar Farizon Homtruck Cabless. Ia direka seakan trak konsep Volvo Vera yang didedahkan pada 2018, menampilkan ‘kepala’ trak tanpa ruang pemandu.

Menurut Farizon, mannequin konsep Cabless ini masih menggunakan platform dan unit rangkaian kuasa trak konsep elektrik penuh Farizon Homtruck yang sudah pun didedahkan tahun lalu. Ia juga didakwa merupakan trak yang merintis teknologi pemanduan berautonomi Tahap 4 yang dibangunkan khas untuk operasi dengan persekitaran tetap dan dalam kawasan yang dihadkan.

Untuk bergerak tanpa pemandu, Homtruck Cabless ini dilengkapi radar dan penderia yang direka untuk beroperasi di tempat dengan akses terhad serta pada laluan yag telah ditetapkan, seperti di dalam kawasan pelabuhan dan juga di hab-hab logistik.

Ia juga diberikan ‘cengkerang’ perlindungan yang lebih kuat bagi membolehkan penderia mengimbas sepenuhnya kawasan bekerja ketika beroperasi.

Tiada perincian lanjut diberikan berkenaan spesifikasi sebenar trak ini. Farizon menyatakan bahawa operasi ujian Homtruck ini bakal bermula di pelabuhan-pelabuhan di China bermula 2023, dan kemudian akan dikembangkan kepada perkhidmatan lain termasuk logistik, kawasan perlombongan dan sebagainya.



[ad_2]
Source link