Yamaha Tracer 7 dan 7 GT dipertingkat – dapat skrin TFT lima inci, cakera brek lebih besar di hadapan

0

[ad_1]

Selain Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+, Yamaha juga telah memperbaharui mannequin touring di bawahnya, iaitu Tracer 7 dan Tracer GT. Sebagai permulaan, grafiknya telah diubah, sementara panel badan masih lagi sama seperti sebelum ini.

Peningkatan paling utama bagi kedua-dua Tracer 7 adalah skrin TFT lima inci berwarna penuh. Ia boleh disambung kepada telefon pintar melalui aplikasi MyRide, dan paparannya disediakan dalam dua pilihan mod iaitu Touring dan Sport.

Bagi memudahkan kawalan pada skrin ini, suis baru telah diletakkan pada bahagian pemegang, sementara cakera brek hadapan turut dibesarkan menjadi 298 mm (sebelum ini 282 mm), dan suspensi boleh laras pada mannequin ini telah ditala semula.

Beberapa lagi naik taraf diberikan kepada hanya kepada Tracer 7 GT, dan ini termasuk penghadang angin hadapan yang lebih tinggi dan lebar, serta tempat duduk yang menggunakan balutan bertekstur serta span berbeza kepadatan mengikut bahagian tertentu. Beg barangan tepi yang diberikan secara terus kepada Tracer 7 GT masih berkapasiti 20 liter.

Bahagian lain Tracer 7 ini semuanya masih sama, bermula dengan enjin, yang menggunakan unit dua silinder 689 cc, bersama transmisi enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 73.7 hp pada 8,750 rpm dan 67 Nm tork pada 6,500 rpm. Tangki bahan api berkapasiti 17 liter dan motosikal ini juga datang dengan lampu utama LED projector serta rim 17 inci.

GALERI: Yamaha Tracer 7 2023

GALERI: Yamaha Tracer 7 GT 2023



[ad_2]
Source link